Ayam Harum Thai

Salam and Hallo...

Sumber :
oshin@myresipi.com 

Mukadimah :
masakan ala thai..
amek resepi ni tahun 2008.. mmg dah byk kali buat n mcm² versi dok ada... huhuu..

Bahan² :
1/2 ekor ayam (resepi asal guna isi ayam sj)
4 helai daun limau purut
2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)

Bahan A - hiris nipis (i blend)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B - campurkan semua bahan jadikan sos
3 sudu besar - sos cili
1 sudu besar - sos tomato
2 sudu besar - pes tomyam
2 sudu besar - kicap cair
2 sudu besar - kicap manis
1 biji air perahan limau nipis
daun sup (dihiris nipis)

Cara² :
  1. Tumis Bahan A sampai wangi..
  2. Masukkan Bahan B n kacau²..(dah wangi kan?)
  3. Masukkan ayam, serai dan daun limau purut...(lagi wangi kan?)
  4. Masak dengan api perlahan...last, campak capsicum...
  5. Agak2 ayam masak(dalam 10 minit mcm tu)...angkat.. boh dlm pinggan..
Nota kaki :
i buat kesimpulan, kalau tak mau berkuah/berminyak sgt... goreng dulu ayam tuh.. or guna isi ayam...

tenung²kan dan selamat memasak...

Comments

Popular posts from this blog

saya terima seadanya..

2018

Mee udon sup