berpatah² kata

salam n hallo...
thanks pada yg mai melawat..
harap u'olz dapat tinggalkan link..senang i nak jengok u'olz blk...
pada those yg tak dak link... letak nama kat 'name/URL'.. and just kosongkan bahagian URL..
tengkiu, süße!

Wednesday, July 13, 2011

Nasik Ayam Periuk Tanah

Salam and Hallo...
Sumber :
dari buku resepi encik suami masa bujang....

Mukadimah :
jem.nama jer dah tipu...
bukan masak dlm periuk tanah... tp guna rice cooker... kkekekeee... (eh.awat i gelak lagu tu.)

Bahan² :
  • 500g ayam
  • 3cm halia (tumbuk@parut..amek air dia saja...) #
  • 1sb kicap pekat #
  • 1sb kicap cair #
  • 1sb sos tiram #
  • 2sk minyak bijan #
  • 1sk garam #
  • 1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah #
  • 1sb gula #
  • 2 cawan beras (lg layan kalau berasmati)
  • 2sb minyak
  • bawang goreng*
  • daun bawang*
  • daun ketumbar*
(# utk bahan perap)
(* utk hiasan)

Cara² :
  1. perap ayam ngan bahan perap yg i tanda dgn '#' dlm setengah jam. (halia tu, i guna serbuk halia.)
  2. basuh beras. then masak beras ngan 2 1/4 cawan air... masak mcm biasa smp agak² air kering..
  3. letak ayam atas nasik then tuang 2sb minyak. jgn kacau nasik.
  4. masak blk nasik ngan ayam lebih kurang 20minit. jgn dok bukak-tutup-bukak-tutup penutup periuk tu..nnt ayam mentah.
  5. bila dah periuk 'keep warm' skaligi... gembur nasik ngan ayam... tutup n biar 'keep warm' dlm 10-15minit..
  6. time nak hidang.. tabur benda² hiasan...

Nota kaki :
utk ayam tu.. lepas perap, i masukkan dlm microwave n masak dlm 5-7minit... so that ayam tu dah halfcooked before masuk dlm rice cooker...
tp itu cara i la.. tak dak dlm buku... maybe kalau guna periuk tanah... buleh masak ngan api slow smp ayam masak...

tenung²kan dan selamat memasak...

2 comments:

Anonymous said...

encik suami kata sedap ke tak?

:cahya schatz: said...

dia kata 'boleyh la'...sbb dia hanya akan kata sedap, bila pedas..