berpatah² kata

salam n hallo...
thanks pada yg mai melawat..
harap u'olz dapat tinggalkan link..senang i nak jengok u'olz blk...
pada those yg tak dak link... letak nama kat 'name/URL'.. and just kosongkan bahagian URL..
tengkiu, süße!

Monday, April 11, 2011

Nasik Dagin ngan ayaq asam

Salam dan Hallo...


Sumber :
kak Hanieliza

Mukadimah :
dah few times dah i buat nasik nih.. agak² ada event spesel... i buat..
agak ada tetamu... i buat... :P
but still... ke'menjadian'nya depends on the mood...hehehhee...

NASIK DAGIN
Bahan² :
  • 1 kg daging (potong 4" - rebus dgn halia smp lembut)
  • 6 cawan beras bathmati
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sb minyak sapi / butter / minyak
  • 500 gm tomato (cincang) / sos tomato / tomato puree
  • 3 sb rempah kurma (bancuh dgn air)
  • 2 sb kismis
  • 5 helai daun pandan (koyak² sket n simpul)
  • garam n gula
Bahan tumis
  • 2" kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
  • 3 buah pelaga
  • 2 bawang besar - ptg nipis
  • 3 bawang putih - ptg nipis
  • 1" halia - ptg nipis
Cara² :
  1. Panaskan minyak dlm rice cooker (letak atas dapur)
  2. Tumiskan bahan tumis
  3. + rempah...biar smp wangi
  4. + air rebusan daging + tomato sup + susu cair + daging - smp mendidih
  5. + daun pandan + garam + gula + beras + kismis
  6. pasang Rice Cooker dan biarkan nasi masak mcm biasa.
Nota kaki :
kalau i rajin, i tumis dlm periuk lain.. then bila dah nak campur beras, baru tuang semua masuk dlm rice cooker...
tp pada perhatian i, nasik slalu hangit kalau wat cemtu..
maksudnya, tak yah rajin sgt... tumis ja semua dlm periuk rice cooker...

AYAQ ASAM
Bahan² :
3 cili merah
3 cili api
belacan
gula
garam
2 bawang besar - ptg dadu
2 tomato - (1 blend 1ptg dadu)
1 biji limau kasturi-ambik jus
1/4 cawan air asam jawa

Cara² :
buat macam nak buat sambal belacan...
blend kasar - cili merah + cili api + belacan + tomato..
campurkan ngan semua bahan lain..

Nota kaki :

yes.. i mmg slalu blend sambal belacan.

tenung²kan dan selamat memasak...

8 comments:

wawa said...

oh,nasi ni memang sedap kan..layan betul ngan air asam..tapi,aku buat tk kaler merah gini..mungkin sbb tak boh tomato..laparla plak tgk nasi hang ni liza..

:cahya schatz: said...

21hb aku buat utk hang okkkies...?
brapa pinggan hang nak...?

Mick's Mama said...

Hi! Saw your blog on Fasha's. Schöne grusse aus Hannover :D ! Salam perkenalan.

Kamalia said...

Ya Allah.. sumpah menyelerakan. Tak penah try.. harus mencuba dgn jayanye :)

Kak Bahijah said...

Wah! Ini menu untuk esok ni.. Confirm. Balik kang nak singgah Tesco beli cabai.. Hikhik... *kami pun blenddddd ja kalau buat ayaq asam*

:cahya schatz: said...

mick's mama : salam perkenalan.. :)
slalu2 la dtg lawat missLR..hehehe...

kamalia : mesti cuba sbb agak konpem akan berjaya...hehehhee...
resepi ni senang ja...

kak bahijah : dah siap ka nasik daging...? bau tak smp sini pon...

Kak Bahijah said...

Haha.. Berjaya! Bangkit pukui 4 pagi rebuih daging, sebabnya nak makan masa bekpes! Tahun ni open house raya nasik daging la kami. Jemput mai no.

:cahya schatz: said...

waaahhh...tahniah²....

tp pasaipa makan nasik daging time breakfast...?
tuh nasik dagang...bukan nasik daging...hehehee..