Gulai daging cincang

Salam and Hallo...  
Sumber :
Ramlee

Mukadimah :
lauk ni wujud masa majlis besday liya... pair ngan nasik rainbow (hujan panas)..
encik suami request nak makan gulai daging cincang... tp harusla tak sama ngan paklong Zul masak..
tp sorang lg pengkritik tetap, mr ZulIb kata sedap... ok la...mmg kak neny yg masak pon ritu...hehhee...

Bahan² :
  • 1.5 kg daging cincang / tetel ( i suka yg ada lemak²... br la soddaapp...)
  • 3 cawan santan pekat
  • 5 sudu rempah kari
  • 6 sudu cili boh
  • 1 sudu asam jawa dan dicampur dengan 1 inci belacan (campur dengan 4 cawan air)
  • Sedikit gula melaka
  • Daun pudina (jika suka) - i tak letak
  • Daun pandan
Bahan A ( blender )
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3-4 batang serai dimayang
  • sedikit halia
Bahan B
  • bunga lawang
  • sudu cengkeh
  • biji buah pelaga
  • kulit kayu manis
  • Minyak untuk menumis [jika suka, gunakan minyak sapi]

Cara² :
  1. Cuci daging then perap dengan bahan A + rempah kari.
  2. Tumis bahan B smp naik bau. Masukkan cili boh dan kacau sehingga pecah minyak. Masak dgn api besar.
  3. + daging ..biar kejap dgn api kecik..
  4. + daun pandan untuk wangi..
  5. + air asam campur belacan... Biarkan kejap (kalau kering...tambah air sket)
  6. + garam + gula melaka sket..
  7. tunggu smp mendidih... better biar lama sket... so that daging lembut..
  8. agak² tak lembut jugak or tak cukup masa.. letak sudu besi dlm periuk...
  9. Pastu masukkan santan n kacau kejap saja. Angkat dan boleh dihidangkan.
# pesanan dari pihak penaja (bukan i sbb i tak buat..) - Utk rasa yg lebih enak, carik-carikkan daun pudina dan kacau bersama kuahnya. Pasti berbangkit bau dan rasa. Cubalah!

Nota kaki :
rasa mmg tak sama ngna gulai daging cincang utara... tp bila dah 2 worang pengkritik tetap kata sedap...kita layankan ajer lah...
tenung²kan dan selamat memasak...

Comments

Popular posts from this blog

Mee udon sup

Giveaway 14/003

nasi arab - pes yemeni mendhi PROMO