Keinsafan lepas semayang zohor tatkala lg 7 minit nak masuk waktu asar..

Salam dan Hallo...

lepas baca doa td teringat pasal email yg i dapat last week...
mmg terasa betoi...
terkena kat batang hidung sendiri..
walaupon tak semua...
i tetap ada rasa malu kat Dia...

email itu...


90% Kebanyakkan diantara

 KITA SEBENARNYA........... lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharam

 KITA SEBENARNYA...........lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiul Awal

 KITA SEBENARNYA...........lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad dari hari Jumaat

 KITA SEBENARNYA........... lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan

 KITA SEBENARNYA...........lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

 KITA SEBENARNYA.......... lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nabi-nabi Allah

 KITA SEBENARNYA........... lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum

 KITA SEBENARNYA...........lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid

 KITA SEBENARNYA..........lebih suka memuji manusia daripada tuhan kita sendiri

 KITA SEBENARNYA.........lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

 KITA SEBENARNYA.........lebih suka konsert, karaoke daripada ceramah agama

 KITA SEBENARNYA..........lebih suka mengumpat dan bercakap hal orang lain daripada bercakap tentang kebaikan mereka

 KITA SEBENARNYA...........lebih suka merapu daripada menyebut masyaAllah

 KITA SEBENARNYA...........lebih suka kemungkaran daripada membuat kebajikan

 KITA SEBENARNYA.........lebih berbangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

 KITA SEBENARNYA..........lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat






 







TETAPI....................................Bila orang bertanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab

 KITA SEBENARNYA............... lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA

 LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA MILIK ALLAH??????

 WALLAHUALAM

 "HAI KAUMKU, SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DI DUNIA INI HANYALAH KESENANGAN SEMENTARA DAN SESUNGGUHNYA AKHIRAT ITULAH NEGERI YANG KEKAL. BARANG SIAPA MENGERJAKAN PERBUATAN JAHAT, MAKA DIA TIDAK AKAN  DIBALASI MELAINKAN SEBANDING KEJAHATAN ITU. DAN BARANG SIAPA MENGERJAKAN AMALAN YANG SOLEH BAIK LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN SEDANG IA DALAM  KEADAAN BERIMAN, MAKA MEREKA AKAN MASUK SYURGA, MEREKA DIBERI REZEKI DI DALAMNYA TANPA HISAB " surah Al Mukmin 39-40



:'(
kat mana harga diri i di sisi Dia...

Comments

CIK NANA said…
Im so touched and it's VERY TRUE!
Gut entry cahya..
:)
Mari berubah menjadi lebih baik.
fylla said…
betul2.. kita semua selaluu leka dgn kehidupan dunia dan lalai dgn tamggungjawab hakiki.. thanks atas tazkirah nie.. :)

Popular posts from this blog

Mee udon sup

Giveaway 14/003

nasi arab - pes yemeni mendhi PROMO