berpatah² kata

salam n hallo...
thanks pada yg mai melawat..
harap u'olz dapat tinggalkan link..senang i nak jengok u'olz blk...
pada those yg tak dak link... letak nama kat 'name/URL'.. and just kosongkan bahagian URL..
tengkiu, süße!

Tuesday, October 20, 2009

Kebersihan Telinga, Hidung & Mulut Bayi

Salam dan Hallo...

Hari ini...cahya cari info pasal kebersihan baby...
mula² lompat dari 1 blog...ke 1 blog...pastu dari 1 web ke 1 web....
dan terjumpa ini....

Memastikan Telinga, Hidung & Mulut Bayi Bersih
- Oleh Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik


Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit kapas,semangkuk air suam dan tangan yang lembut.

:: TELINGA ::
  • Lapkan bahagian atas dan belakang telinga bayi anda dengan tuala kecil yang lembap dan lembut atau bebola kapas.
  • Rujuk kepada pakar pediatrik jika terlalu banyak tahi telinga di dalam telinga bayi anda.
  • Jangan bersihkan bahagian dalam telinga bayi.
  • Jangan cuba membuang tahi telinga daripada telinga bayi menggunakan putik kapas. Apabila anda mengorek terlalu dalam, anda mungkin mencederakan gegendang telinganya.
  • Jangan titiskan ubat telinga ke dalam telinga bayi melainkan jika disarankan oleh pakar pediatrik.
Tahukah anda?
Tahi telinga bukan kotoran. Sebenarnya, ia menyebabkan telinga bayi anda sihat! Sebarang kotoran yang berlebihan akhirnya akan keluar dari telinga dengan sendiri.


:: HIDUNG ::
  • Lapkan bahagian luar hidung bayi anda dengan tuala kecil yang lembap atau tisu yang lembut.
  • Gunakan penyedut hidung untuk mengeluarkan hingus jika ia terlalu banyak di dalam hidung bayi anda. Jika hidungnya masih tersumbat, bawa bayi anda berjumpa dengan pakar pediatrik.
  • Jangan masukkan putik kapas atau tisu yang digulung ke dalam hidung bayi anda untuk mengeluarkan hingus.
  • Jangan gunakan kuku anda untuk membuang hingus yang sudah keras atau berkerak.
Tahukah anda?
Anda tidak perlu membersihkan bahagian dalam hidung bayi kecuali jika dia mengalami selesema.


:: MULUT ::
  • Bersihkan gusi, lidah dan gigi bayi dengan tuala kecil yang basah dan bersih selepas bayi anda makan atau sebelum tidur.
  • Gunakan berus gigi bayi yang lembut apabila bayi anda menjangkau umur satu tahun. Gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja dan berus giginya sebelum sarapan dan selepas makan malam.
  • Bawa bayi anda untuk pemeriksaan gigi apabila umurnya mencecah satu tahun.
  • Jangan biarkan bayi anda tidur sambil menghisap susu botol.
  • Elakkan daripada memberi bayi anda terlalu banyak minuman manis dan makanan ringan.
Tahukah anda?
Kebersihan mulut harus bermula dari kecil, malah sebelum gigi susu tumbuh.


Info dari mypositiveparenting

Monday, October 19, 2009

8th anniversary...

Tanggal 16 ribulan spuloh 2001...
dan
Tanggal 21 ribulan spuloh 2001...
merupakan antara tarikh² istimewa untuk cahya n encik suami...

tahun ni...akan jd lebih bermakna... :)

utk Mohd Razif....


:L:O:V:E:
han...

Sunday, October 18, 2009

Gaya Tidur Bayi

Salam dan Hallo...

baca² dan jumpa info baru...
lepas baca....harus di kopipes... :)


Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.

Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.
info dari infosihat.gov

Few days to go....

Salam dan Hallo...

kalau ikut tickers Lilypie.. ada lg 11 hari..

takat ni..hati still relax jer tunggu tanda² nak bersalin...
tunggu saat² dapat sentuh baby... :)

16hb haritu...start la due date yg doktor bagi...
16hb - 29hb Oktober.... date utk berjaga²...
tp cahya still dok kuar jenjalan....
tp tak der la pegi jauh²...setakat amek² angin gitu...

lately suhu melampau punya sejuk...
ada hari yg dah cecah -ve dah pon....
certain² tempat kat belah atas Jerman...dah ada snow dah...
padahal autumn baru nak mula...
daun pun ada yg ijau² laie...

Alhamdullillah...
barang² baby dah cukup lengkap dah... (rasanya dah terlebih² lengkap dah pon...)
jz tunggu 'badeeimer' @ tmpt mandi baby jer tak smp laie...
beg nak pi spital pon encik suami dah siapkan n letak kat tmpt yg senang capai...

Achik...cik dee..kak neny...n of course, encik suami..banyak sgt tulong cahya...
lately..achik kerap datang masakkan makanan yg sedap² utk cahya...
achik kata... 'nak bagi anak ngan cucu aku makan sedap²...lepas ni kena pantang...'
:)
kakak sulong cahya pon byk tulong even tru online saja... (up makcaq sket... :P)

Jumaat ritu...
termin ngan doktor...
CTG dah tunjuk makin kerap contraction...
n masa buat inner check...doktor kata baby dah tak lama dah nak kuar...
doktor dah rasa kepala baby..tp tak der la opening laie...
itu bermaksud...mmg dah tak lama dah la...
berat baby dah cecah lebih kurang 2.8kg...
panjang baby 49cm...
kedudukan baby pon ok...

lepas check, pi Apotheke @ farmasi....
nak beli cream utk guna time menyusu nnt...hebamme@bidan soh beli...
lepas order ubat...org farmasi tegur... 'mm...baby nak kuar minggu depan....'
waah...kagum...
tgk perut jer pon dah tau baby nak kuar bila..
padahal dia tak tanya pon pasal baby...even encik suami pon tak bgtau apa2...

asalkan baby ok...cahya happy... :)

sabtu...
hebamme datang rumah..
ajar cara nak teran....
ada 2 cara...
tp cahya tak tau nak cerita mcmn...
nnt cahya try lukis gambar.... (kalau tak bersalin lagi la...)

okies...nak pi jenjalan ke rumah achik kejap... :)
maybe last tempat yg cahya sempat pi before bersalin...

utk family...kengkawan dan sapa² yg baca blog ni...
cahya mintak maaf...zahir batin...
halalkan suma² yg cahya dah 'ter-ter'...
doakan cahya n baby selamat....

Tuesday, October 13, 2009

Cara Pernafasan Waktu 'Contraction'....

Ok....ni adalah cara² pernapasan time contraction...

benda pertama yg kena praktik...
waktu tarek napas... perut kena kembung...
lepas napas...perut kena kempis...

hah..!
cuba la dulu....
baru try cara² kat bawah ni....


ok....dah...?

benda kedua kena praktik....
tarek napas ngan hidung...
lepas ngan mulut...
buat bunyi 'ffuuuuuuu.......' mcm tu...
lepas napas mesti lg pjg dari tarik napas..


ok....try dulu....

ok....dah...

kita mula praktikal pernafasan yer puan² sekalian...
encik² suami sila turut serta...


cara 1 - kerusi
duduk kat kerusi terbalik..
tunduk...
tarik napas.. perut kembung..
lepas nafas...
perut kempis...
suami urut pinggang isteri...


cara 2 - kerusi

berdiri di belakang kerusi..

bukak kaki selebar pinggul..

tunduk...
tarik napas...
bila lepas napas...bend sket kaki...
bila tarik napas blk.. tgk ke depan...n diri tegak blk..
suami kat belakang.... urut pinggang isteri...

cara 3 - kerusi

berdiri di belakang kerusi..

tunduk...

suami berdiri rapat di belakang isteri..
ampu belakang isteri dgn kaki..
tarik napas...
bila lepas napas...bend sket kaki...suami pon..

bila tarik napas blk..tgk ke depan...
berdiri tegak blk..
suami jgn ngelat...urut pinggang isteri...

cara 4 - dinding
berdiri sandar di dinding..

masa tarik napas..
biar ada ruang di antara pinggang dgn dinding..

bila lepas napas...rapatkan badan ke dinding..

cara 5 - kalau kat kawasan lapang...
suami n isteri berdiri mengadap..

peluk leher suami..
tunduk..
bend badan sket..
tangan suami di pinggang isteri...urut..
tarik napas dan lepas napas pjg2..


cara 6 - katil
suami duduk di ujung katil..
isteri merangkak di belakang suami..
tahan tangan di bahu suami..
bila tarek napas..tonggek sket bontot...
bila lepas napas...turunkan bontot..


cara 7 - katil

baring mengiring..
suami duduk di sebelah..urut pinggang...
bila tarek napas..tonggek bontot...
bila lepas napas...turunkan bontot..


cara 8 - katil

duduk melutut di kepala katil...

bila tarek napas..tonggek bontot...
bila lepas napas...turunkan bontot..
suami urut pinggang..

cara 9 - katil
suami duduk sandar di kepala katil...
kaki bengkok...

isteri duduk di celah kaki suami...
bengkok kaki..

tangan isteri peluk lutut suami..
tarik nafas sama2...

okies....selesai....
senaman² kat katil tu buat bila opening dlm 5,6cm...
kiranya...time tu tak larat nak berdiri kan...

suma² tu buat secara relax yer...
hebamme kata... kalau buleh...fokus kat pernafasan.... so that, sket² blh kurangkan saket...
and yg paling penting... selagi larat berdiri... bykkan jalan...
pastu...yg secong penting... ada masa yg bidan akan kata tahan dulu...jgn push lg...
so caranya...
relax....pastu tarek napas mcm org br lepas lari laju²...
kiranya...tarek napas n lepas cepat²....
mcmn cahya nak bgtau eyh....?

tuan² n puan² paham kan...?



well..itu yg diamalkan kat jerman nih...
kalau ada puan² yg tak brapa paham...blh tanya yer...
kaunter pertanyaan di buka smp hari cahya bersalin.... :P

Termin Doktor dan hebamme...

Salam dan Hallo...

::KAMIS::
termin ngan doktor

lepas blk dari flohmarkt...
cahya sempat baring kejap...

tup² terjaga lg 10minit kul4...
hah...hambek ko...
encik suami ingat cahya dah siap2... tinggai nak tunggu dia call saja..
cahya pulak...siap dah tukar baju... siap dah terlena seround..

kebetulan, masa sampai klinik...ada org tgh buat CTG...
so kira tak per la smp lambat sket pon...
huhuuu...

graf CTG asyik naik...
doktor kata...itu tanda dah ada contraction...
cahya rasa... maybe jgk sbb baby letih... mama dia jalan kat flohmarkt lama sgt... :P

dalam masa seminggu....berat cahya naik dari 53kg ke 54.1kg...

ouh....betul ke baby naik smp sekilo dlm seminggu...??



jawapannya...tak...
kiranya...yg 1.1kg tu.. berat baby campur ngan berat cahya...
waaah...berat cahya naik jugak akhirnya...
syabass....syabas....

kali ni doktor tak buat scan...
jz buat inner check saja... check opening...
everything ok....
n cahya dapat result test 'Streptococcus'.....

positif..!
huh...maksudnya nnt time bersalin....cahya nak kena amek vaksin tambahan...



::SABTU::
termin ngan hebamme

mcm slalu... lebih kurang kul 1tgh hari... smp la hebamme gorjes tu kat rumah kami... :D

kali ni.. dia nak buat praktikal pernafasan time contraction...
n check baby...
hasil check..dia kata...baby mcm dah ready nak kuar...
mungkin jugak cahya bersalin sblm 16hb...
huuuuhhuuu....

mcm cahya kata dlm entry yg sblm² ni....
cahya nebeess...!

namun begitu...hasil check heart beat baby..
hebamme kata..baby ni tenang saja..
sbb since 1st time dia check... bacaan heart beat baby maintain 124 bpm...

n posisi baby....tgh mengadap ke depan..
rupa² yg dok timbul² tu kaki ngan lutut dia la...hehehe..

n hebamme suruh cahya mula letak uncang teh kat nipple...
cara²nya..
guna teh hitam...mksdnya..teh mcm teh cameron tuh..
bukan teh peppermint...bukan teh bunga...bukan teh hijau...
tp teh biasa....kat sini panggil 'Schwarzer Tee' @ teh hitam...

rendam uncang tu dlm air panas...then perah sket...letak kat nipple...
biar dlm 2jam..
ni utk bersihkan nipple n prepare utk baby hisap susu nnt...

entry seterusnya...cahya cerita pasal cara² pernapasan yg kami belajar...

Monday, October 12, 2009

Flohmarkt dan barang baby...

Salam dan Hallo...

Rabu minggu lepas...
Achik datang rumah lepas termin ngan doktor...saja lepak²....
kesian achik... dah macam robocop pulak cahya tgk...
doktor suruh achik pakai alat yg ampu leher...n pad tangan..

NAMUN begitu...superwoman itu sempat lg tgk barang² baby... :)
macam mak² yg datang tgk persiapan anak dia nak bersalin...
Achik susunkan baju baby...
ajar itu...ajar ini...
try ikat bengkung...
maklum la...cahya 1st time bersalin...
achik pulak dah 30 tahun dok germany...
so kena la try n error pakai bengkung yg cahya beli kat mesia..
huhuuu...
nasib baik ada internet...
dan nasib baik ada model yg slim....cik dee (suami achik)....hehehhehee..
mula2 achik balut cik dee...
tp agak tak berjaya walaupun cik dee sgt slim...

so...kami try balut bengkung kat achik pulak...
berpandukan gmbr kat internet...dan kepakaran cik dee...
kami berjaya ikat bengkung kat achik..!
hehhehee...

sila abaikan badan model itu...kerana sah² la tu bukan badan cahya...ataupun badan achik...dan jauh skali itu badan cik dee.... :P






esoknya,iaitu kamis pon menjelma...
awal² achik dah sampai ngan kak neny n anak²...
kami pi flohmarkt kat Frankfurt-Höchst...
dlm 20minit driving dari tempat cahya...

hari weekdays...tak ramai org...penjual pon tak ramai...
layan mata saja...
pusing²...
last²....cahya tak beli apa pon...
eyh silap...cahya tak beli tp dapat barang... :D
kak neny belikan baju tidur utk cahya...
achik belikan 'morgen mantel' @ 'morning robe'...


dua² barang baru dgn rega yg sgt ler berbaloi²...
baju kak neny tak sempat dah nak snap... basuh..terus pakai... :)

btw...tengkiuuu so very muchy².....

lepas tu...kami jenjalan kat pekan Höchst...
kat pekan ni...ada kedai asia yg mula² skali ada kat area bandar cahya duduk...
skg ni dah byk dah kedai asia...kat kampung yg cahya duduk pon dah ada...

then..kami masuk satu kedai murah ni...
barang² dlm kedai tu suma barang baru...
kalau tak salah...barang internet yg org tersalah order...
suma barang ada diskaun...
jz tak dak barang yg cahya perlu kat situ...so jamu mata laie...

baby sgt sporting...diam ja dlm perut....
cam best la kot dapat jenjalan....

last...kami masuk kedai baju...
kedai ni..ada dari baju baby smp baju org besar...
Achik tumpang excited nak dapat cucu... suma baju baby achik cium² n nak belikan utk baby cahya... :)
again... achik belikan 'Schlafsack' @ sleeping bag ngan 'Skianzug' @ baju ostronot as hadiah utk baby...
suka...!!


cantek... :) tengkiu....

sampai rumah around 2pm....
huh...!
kuar pukul 9am...hehhehee..
balik kul 2 tu pun sebab ada termin ngan doktor pukul 4....

Sunday, October 11, 2009

what...??

tak sempat dah nak type pjg²....

hebamme kata tadi mungkin cahya bersalin minggu depan..

huh...

huh...

huh...


neeeebbbeeeessss....!!!

bondaaaa....tulong.....

Friday, October 9, 2009

Aqiqah

Assalamualaikum dan Halllooo...

Kalini cahya cari info pasal aqiqah...
macam teringin nak buat kenduri lepas baby kuar...
1st of all.....doakan agar cahya n baby selamat.... ameen.. :)

selain bagi nama lepas 7 hari...
cahya ingat nak buat kenduri doa selamat...
tp still bincang² ngan encik suami dan 'family' kat sini... (refer to achik n kak neny... :D )


Pengertian Aqiqah

Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

Hukum Aqiqah

* Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
* Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.

Waktu Disunatkan

* Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Syarat Sah Aqiqah

* Berniat aqiqah ketika menyembelih.
* Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
* Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
* Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
* Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Perkara Sunat Semasa Aqiqah

* Berdoa semasa hendak menyembelih.
* Menyembelih ketika matahari sedang naik.
* Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.
* Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.
* Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu.
* Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.

Hikmah Aqiqah

* Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
* Menggalakkan amalan sedekah.
* Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
* Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
* Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
* Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
* Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
* Membiasakan berkorban bagi orang tua

Info dari babyibu

Tuesday, October 6, 2009

Nachthemd dan Henna..

Salam dan Hallo...

apa itu nachthemd...?

nachthemd adalah baju tidur...

apa istimewanya baju tidur..?
baju tidur saya cantek... :D
ouh...sebenarnya baju ini tidak dibeli utk mencantikkan saya waktu tidur...
jauh sekali untuk menampakkan saya seperti sleeping beauty...

huhuuu....mcm kemeja nak pi opis kan...?
cahya ingat lepas bersalin...cahya nak beli tali pinggang besau...
pastu pakai baju ni utk kuar jenjalan....
hahahhaa....

abaikan pose² cahya yg ntah hape² ituh...

the truth is...
baju tu dibeli utk cahya guna time bersalin....

naper...? tak percaya...?
hebamme soh beli...
dlm checklist dia bagi...siap ada baju yg specific utk bersalin...
dia soh prepare kemeja...
kemeja hubby pon tak per sbnrnya...
TAPI....encik suami pi kerja pakai Tshirt jer...sempoi...
so... encik suami belikan cahya baju tido tuh...

cahya sgt suka...sbb baju itu cantek...
dan menepati ciri² baju utk bersalin..
paras lutut...butang kat depan...cotton...

selain baju tuh...
ada lg 2 baju tido yg encik suami beli....
satu sama design ngan kemeja bersalin tuh...tp pendek dan ada suar...
lg satu pyjama biasa...
baju² tu diperlukan masa cahya kat spital nnt...

ouh...checklist...
nak share checklist jugak ngan korang²....
nnt eyh...
ouh...banyaknya entry nak buat....

takper...sempat kot sebelum baby kuar.. :D



last but not least...setelah sekian lama tak jumpa henna yg best...
akhirnya...
jumpa kat kedai pakistan... :)

kaler dia cantek...


dah conteng tangan nabiha n nabila jugak...tp lupa nak amek gmbr...
next contengan..kalau cahya ingat...cahya amek...
suka conteng tangan budak2...comey... :D

* makcik rindu kat anak² makcik.... :( *

Monday, October 5, 2009

Episiotomi

Apa itu Episiotomi?

Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.

Sebab-sebab Episiotomi
Tidak semua wanita hamil perlukan episiotomi kerana ia bukan menjadi satu kemestian. Walaubagaimanapun doktor selalunya akan membuat episiotomi pada kes-kes berikut:

* Kandungan sulung
* Sebelum prosedur vacuum atau forceps
* Untuk kelahiran songsang

Risiko berkaitan Episiotomi

* Jangkitan kuman
* Pendarahan
* Darah beku
* Jahitan terbuka
* Sakit semasa hubungan

Cara menjaga luka Episiotomi

Ini adalah tip-tip mudah untuk mempastikan luka episiotomi cepat sembuh:

* Sitz bath atau rendam punggung dalam air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu.
* Pastikan episiotomi kering setiap kali selepas mencuci faraj dan mandi
* Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
* Tukar tuala wanita dengan kerap
* Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap
* Minum serat dan air secukupnya untuk mengurangkn sembelit
* Buat senaman kegel

Info dari Alam Hamil
Imej dari Answers.com

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

Lately cahya dah mula rasa contraction...so ada baca² n tanya² org pasal bendalah apakah contraction itu...
yang pasti rasanya tak best..sbb terasa perut keras dan tegang macam tak berak seminggu... (seriuuss..!!)

Dalam buku or web 'What to expect when u r expecting' ada cerita pasal kontraksi BH nih...
ni cahya share info dlm bahasa melayu...

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

* Bayi bergerak dengan aktif
* Semasa senaman atau membawa barang berat
* Mengurut perut
* Semasa hubungan seks
* Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:

1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan


Info dari Alam Hamil

Check up - 36weeks..

Salam dan Hallo...


29 Sept 2009..
Termin ngan hebamme...
makin cantek pulak cahya tgk hebamme tuh... :)
even dah tua... outlook dia gorjes...
rambut dia halus...lurus jer...takder tercacak²...
skin muka dia pon cantek jer...
ada ler kedut² akibat penuaan tp still nampak cantek...

macam² soalan kami tanya dia...
segala kemusykilan, dia akan bgtau detail...terang tanpa perlu bersuluh laie...
compare to doktor yg suka jawab 'das ist normal...'
compare to hebamme kat spital yg suka sgt pusing roundabout 7x sblm bg jawapan yg kami nak...(tu pon....blom tentu dia teringat apa soalan yg kami tanya...silap² terus bukak citer lain...huh...)

and then...Frau Erles check barang² yg kami dah prepare...
she knows barut n bengkung...
dia kata kat Jerman pon guna jgk barut ngan bengkung dulu...tp skg tidak laie...

masuk 36weeks...cahya dah mula kena amek ubat homopati dan 'damm massage öl'...
ubat homopati tu utk mudahkan bersalin...
'damm massage öl' tu pulak function dia lebih kurang macam minyak selusuh... tp tak leh minum la...
dia specific utk urutan kat vagina...elakkan vagina terkoyak masa bersalin...
cahya ada baca kat forum wanitamelayu... ramai gak org mesia buat urutan nih...
tp guna baby oil.. or minyak zaitun... or minyak masak...
nnt cahya share ngan korang² cara urutan tuh...ada gmbr...tp asyik lupa nak scan...

hebamme check blood pressure sbb a day before termin tuh...cahya nak pitam dlm keta achik..
ngeri...dlm keta pon buleh nak pitam...nak angkat tangan pun tak berdayo time tuh...

result blood pressure....mmg rendah... tp still ok...

time check heart beat baby...
baring² jer...baby dah say 'hallo' kat frau Erles...
beriya² baby gerak...kejap² lutut timbul..kejap² tonggek bontot...huhuu...
itu maknanya..baby sehat..
syabbas betey..! syabbas!!


30 sept 2009..
Termin ngan doktor...
Mula dari minggu depan..akan ada termin everyweeks...

so..
result...

berat...
53kg...sama ngan last 2weeks...
tapi..berat cahya turun...berat baby naik...
doktor kata... 'das ist normal frau che hassan...'
skg dah start sejuk...so badan terhidrat sbb pertukaran cuaca..

urine..
ok..

blood pressure...
90/60..
ouh...sungguh rendah...
tp doktor kata normal sbb skg perubahan cuaca...

kedudukan baby...
dah makin kebawah...time scan pon dah tak leh tgk muka dia dah..
patut la cahya kerap nak terkucil..
badan pun rasa makin berat...

CTG...
dah detect few times contraction..

baby...
berat...naik dari 2.3kg ke 2.5kg...
kepala...31cm...
panjang...46cm...
:D

lepas scan...doktor buat ujian 'Streptococcus B'..
ujian utk check bakteria apa ntah...

lepas jumpa doktor...amek darah...
itu saja laporan termin minggu ini...
sekian...


**dah start minum minyak selusuh....
blueeek.....tak sedap... :((

Sunday, October 4, 2009

Jawapan utk kemusykilan Aisyah Humayrah....

kepada Aisyah Humayrah...

happy 11th birthmonth.... :)

disini maklong sertakan beberapa gambar utk tatapan Aisyah Humayrah...




hehehhehee....

nanti Humayrah ngan baby maklong akan jadi ala² ostronot mcm dlm gmbr² tu la......

tak leh dah Humayrah nak ngelat dari duduk dlm car seat or stroller...

tapi...comel kan...??

maklong ngan paklong tunggu Humayrah, abah n mama datang sini k... :D