berpatah² kata

salam n hallo...
thanks pada yg mai melawat..
harap u'olz dapat tinggalkan link..senang i nak jengok u'olz blk...
pada those yg tak dak link... letak nama kat 'name/URL'.. and just kosongkan bahagian URL..
tengkiu, süße!

Sunday, August 30, 2009

Ramadhan 2009

Alhamdullillah...dah seminggu posa...
kat Jerman....start posa jumaat minggu lepas...

n hari pertama posa...
mula 0419 n bebuka 2033...
harini mula 0440 n bebuka 2015..
still 16jam..
huhhh...

cahya mengeluh bukan sebab kena posa lama...
tp sebab cahya tak start posa even sehari pon lg... :(

badan cahya perlukan byk air...

dah try posa...tak smp sekerat hari dah rasa weng² nak pitam...
sungguh sinonim pitam ngan cahya...
sudahnya...minum air n teruskan perbaringan....

harini cahya buat entry dari frankfurt...
rumah encik zulfadli...
sebabnya...harini adalah hari ahad bersamaan 30hb ogos 2009..
hari utk encik suami exam toefl...

tp smlm...sempat join museum ufer fest kat frankfurt...
musuem ufer fest tuh annual fest kat jerman nih...
sambut apa ntah....meraikan muzium2 kat jerman kot...
huhuuu...cahya tak tau...
better jgn suruh cahya teka...

next entry,cahya load gmbr...
n crita pasal museum ufer fest...

skg dok berdebar tunggu encik suami balik...
harap2 dia ok dgn exam tu....

menjawab soalan cik 'bite me'...
'haaaa, kenapa abg razif amik toefl???'

sebabnyer ialah....encik suami nak sambung blaja...
dia wish utk sambung kat RWTH Aachen...among top uni kat Germany...
1st step...dia kena amek toefl or ielts...n lulus ikut gred yg uni nak..
then dia kena amek lg 1 exam..hurm... GRE kalau tak salah...pun kena lulus ikut gred yg uni nak..
pastu baru buleh apply masuk RWTH Aachen...
tu br buleh apply....belum tentu dapat lg...
'murahkan rezeki dan mudahkan urusan encik suami,ya Allah....'

exam tu 4jam...so skg...cahya tercongok kat rumah encik Zul...smbl pk nak buat apa selain main fesbuk n baca blog...

kisah ramadhan 2009...
setakat seminggu ni... tak der yg menarik sgt... tak der semangat bulan posa sbb tak posa... :(

tahun lepas....tiap2 hari menu lain....plus ada ramai org bukak posa ramai2 kat rumah...
best...meriah bukak posa tiap2 hari...
cukup 30 hari...30 menu berbeza tiap2 hari...
mmg yeee zaaa....

tahun ni...?

Friday, August 28, 2009

Merangsang, Mendidik dan Mendisiplin Anak

Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan.

Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jangan ambil ringan tentang cara mendidik anak kita hari ini, kerana ia akan mempengaruhi peribadi anak kelak.
  • Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
  • Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
  • Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
  • Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
  • Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
  • Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
  • Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
  • Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
  • Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
  • Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
  • Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
  • Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
  • Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
  • Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
  • Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
  • Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
  • Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
  • Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
  • Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
  • Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
  • Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
  • Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.
  • Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.
  • Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab , "tidak boleh nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.

  • Apa saja yang kita terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah dilakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.

  • Sentiasa meransang dan memberi galakan. Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat

  • Wujudkan perasaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.

  • Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.

  • Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.

  • Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan

  • Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.

  • Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.

  • Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.

  • Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.

  • Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri

  • Berlemah lembut terhadap anak-anak

  • Jangan memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
  • Berusahalah mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

  • Sentiasa bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

  • Melahirkan suasana yang seronok ketika makan

  • Tidak membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

  • Sentiasa melahirkan dan menzahirkan kasih sayang

  • Jangan mengeluh di hadapan anak-anak.

  • Sentiasa meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

  • Selalu mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

  • Sentiasa memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

  • Selalu melibat diri dengan urusan pelajaran anak-anak

  • Sentiasa menitik beratkan masa rehat dan riadah anak-anak

  • Bergurau dan beriadahlah bersama anak

  • Selalu menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

  • Mengajar dan melarang anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

  • Sentiasa menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

  • Selalu meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

  • Tiada jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

  • Sentiasa menggunakan bahasa yang betul

  • Jangan bertengkar di hadapan anak-anak

  • Tidak menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

  • Selalulah membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

  • Tidak memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak,

  • Tidak terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

  • Sentiasa menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

  • Sentiasa menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

  • Pupuklah semangat membaca di kalangan anak-anak

  • Sentiasa bersedia melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

  • Berilah perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

  • Memberi penghargaan kepada anak-anak

  • Jangan sekali-kali meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak sebaliknya menasihati dan memperbaiki

  • Memberi hukuman yang dirasakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan tidak keterlaluan

  • Jangan mengancam dan menakutkan anak-anak

  • Jangan menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

  • Perlu konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

  • Memberi nasihat yang berguna kepada anak-anak

  • Bersikap tegas dalam mendidik anak-anak

  • Sentiasa menggalakkan anak-anak untuk hidup bekerjasama

Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi.

Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

info dari http://anamarza.blogspot.com/

Thursday, August 27, 2009

ah-ha !

cahya sudah mula menanam sayur²an di balkon rumah...
thanks to lawrence sebab bg semangat dengan mula menanam akar ketumbar...

namun begitu...

projek buku scrap telah terbengkalai sementara waktu akibat perut cahya kerap keras...
adakah baby jeles bila cahya luangkan masa utk kak biha dan kak bila...?

disamping itu...

cahya sgt suka sudoku...dan akhir² ini encik suami juga turut serta....
keputusannya...encik suami sudah makin terror dari cahya...

tidak lupa juga....

ahad ini...encik suami ada exam toefl...doakan yg terbaek utk encik suami...
cahya jd cekgu...tulong tanya² words....

sekian~

Wednesday, August 26, 2009

Kita bertanya....Al-Qur'an Menjawab...

KITA BERTANYA
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
KENAPA RASA KECEWA….?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


KITA BERTANYA
KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tuesday, August 25, 2009

award & tag ~ best buddies award

waahh....combo la kak neny bg kat org.... :)
kebetulan tgh hapdet blog...so bedesup org buat tag nih...

1) Sile copy award ini di blog anda:

Udah!

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini (puan Rosnaini)

a) tarikh perkenalan ialah 7 September 2008..
(naaah....siap bukti...)

b) ada anak kembar yang cahya n encik suami sayang...
(muka nabiha n nabila time hari 1st sampai jerman...)

c) kenal jer terus jadi rapat a.k.a kakak....
(tak dapek sertakan gmbr...terlalu la byk skali....)

d) merupakan pengedar tudung fareeda di bumi jerman...
(hah...promote nih....sila bg diskaun 4.7% utk org k kak neny....)


f) suka membaca...
(bab ni cahya kagum sbb cahya malas membaca... :P )

g) slalu masak utk cahya n baby cahya... :D
(tanpa masakan kak neny mesti cahya dah kurus time alah dulu...)

3) Nyatakan 9 fakta tentang diri anda sendiri:

a) suami cahya ialah kawan baek cahya dari darjah 4.... :)
(tp dia ngorat cahya time matrik ok...ulang suara....dia ngorat cahya... :D )

b) skg cahya tgh pregnant anak sulong...
(due lepas raya, 29 oct...so saper yg tak prepare hadiah lg...sila kumpul duit raya siap²...)

c) nama panggilan cahya ada byk...cth : liza, jert, cak, jaja, nura, chik, chah, ibu....
(lain padang..lain belalang....lain orang...lain panggilan... :P
apesal tak masuk jer tone dier... abaikan...!)


d) kadang² lurus bendul...n kadang² 'retarded' sket... :P
(terpaksa bgtau siap²..kot² ter'retarded' depan org yg tak sepatutnya...
ampon maaf dipinta...
setahon menghilang...
sekarang menjelang...
hari yg bahagia...
selamat hari raya...
ouh...over lak..)


e) suka gabungan kaler² yg contra...cth : purple-pink...coklat-oren....hitam-merah...
(ah-ha...nasib baek tak pernah buat peel suka warna² striking giler²... jawabnya...berkelip² ler mata korang jeling cahya....)

f) plan² nak buat bisnes bila blk mesia nnt...
(or...ada org sudi nak offer cahya any job..? pengalaman kerja : cekgu sementara, operator pizza hut dan pekerja multitask kampeni perabot...)

g) cahya suka ulam2 dan cuba makanan baru..
(my bro panggil 'exotic'...)

h) love making frens...so very much...
(sangat terbukti kan...?)

i) sekarang cahya di bumi Jerman...mungkin akan disini utk beberapa tahun laie...
(no komen....)

4)Pilih 10 penerima award seterusnye .. TAG mereka:

sempena bulan posa nih...cahya tak point kat sapa².... sapa rajin..buat ler... :)

Monday, August 24, 2009

Check up setelah 30weeks..

waaahh....dah 30weeks... :)
saya gembira dan bersyukur...

mula² ceewee gambar baby dulu...

soalan first....nmpk tak idung dia yg seketoi mcm idung mama dia..?
kekkekekee.....

pada hari kamis lepas....yakni a day before posa, adalah hari utk bejumpa ngan Dr S. Hintschich...

soalan pertama dari Dr S. Hintschich... 'hows ur ramadhan..?'
ouh...tau jugak minah salleh ni pasal ramadhan...
Dr nasihatkan cahya jgn posa kalau buleh...sebab:
1. tempoh posa time summer 17jam...
2.tahun ni nyer cuaca sgt panas...
3.keadaan cahya yg senang sgt nak pitam...

Dr kata lg..kalau posa time winter, dia akan kata ok...sbb waktu pendek dan sejuk..

actually utk termin kalini...kena pegi awal sebab first time nak buat cardiotocography (CTG)..
apa itu CTG...?
cahya bg gmbr contoh...


kakak cahya kata kalau kat mesia...CTG ni buat time dah nak bersalin..time contraction...
tp kat sini...start 30weeks...dan every termin lepas 30weeks...mmg akan kena buat CTG nih...
kegunaannya ialah utk check heart beat baby...n check contraction...
bila letak benda bulat2 tuh kat perut...dia akan buat bacaan graph...so doktor akan baca result dari situ...
ini kali kedua cahya buat....
first time buat...masa cahya nyaris² kena admit ward dulu...
ingat...? tak ingat..? cari la kat entry lepas²....

before buat CTG.. nurse buat blood pressure test...amek berat...amek darah...n test urine...
result utk suma² tuh...
berat cahya : naik 1.6kg...
berat baby : +-1.5kg..
kedudukan baby : kepala dah turun bawah..
blood pressure : low tp dah naik sket dari haritu...
urine : ok...

cuma result darah sj yg tak tau lg...nak kena call nnt...

kesimpulannya : mama n baby sehat... :D alhamdullillah....

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menyambut ramadhan utk peminat² ku semua...
ewaaah....sempat lagi tuh... :P

Cahya n encik matt amek kesempatan nak ucapkan selamat posa utk semua umat Islam di mana jua anda berada...
Semoga ibadat pada tahun ini akan lebih baik dan lebih bermakna dari tahun² sebelumnya...

Wednesday, August 19, 2009

gambar ibu mengandung...


haaa...kata nak tgk gmbr ibu mengandung, kan...?
ini jer gambar yg ada...
yg lain suma focus kat muka ibu saja...tak der part perut....huhuuu....


haaa....hamek lg...pandangan sisi pulak... :P
sebenarnya gambar ni cahya amek time lepas pengsan...sbb tu nmpk muka serabut jer tuh...

memandangkan cahya dah tempek gmbr cun kat sini...
jgn pulak ada yg amek buat tiup2 atas asap pulak...kot2 ada yg nak berseri mcm cahya... tett! :P

Tuesday, August 18, 2009

Tanda bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

~Info dari blog Rubaizah.. :D

Sunday, August 16, 2009

cerita minggu lepas...

owh...sebuk ngan award ngan tag...
tak sempat nak gossip pasal cerita minggu lepas...
adakah busy...?
mesti la....tak... :)

mula ngan hari senin...
encik suami patutnya ke opis...tp sebab dah plan few things...
so dia plan utk pegi kerja on tuesday....
selain nak top up blk barang2 dlm fridge, encik suami pegi pejabat pos...
amek ni...



Hadiah dari abg zul n kak neny....
cahya n encik suami sgt suka....!!
cantek n comel...ada mainan gantung²....
danke abg zul n kak neny... :D

hari selasa...
pagi...ada termin kat frauenartz utk test diabetes..
b4 that...kena posa 12jam....hanya air putih dibenarkan....
smp kat klinik...dia amek darah then kena minum sebotol glukose...

lepas minum...tunggu sejam...pastu amek darah lg...
then lepas sejam lg...amek darah lg...
so cahya pon dok la melengung kat klinik tu 2jam..smbl main sudoku...

lepas termin, encik suami pegi opis...
kejap2 jer encik suami call...risau kot2 cahya terjelepuk kat dapur ke...kat toilet ke...
dlm fridge dah penuh ngan air² manis n air putih sejuk utk cahya...
kan dah janji ngan doktor jumaat lepas....

TAPI....dah minum byk...mesti la asyik berulang ke toilet kan...
huh....tak larat...serius rasa nak lepak2 jer kat dlm bathtub tuh...

n harini rasa sunyi sket...dah dekat 2 weeks encik suami ada kat rumah...
tp tak pe..cahya mula baca blk web² n blog² pasal pregnancy....n baby...

hari rabu ngan kamis pun sama jugak...
tak terasa sgt sebenarnya...sbb cahya bgn tido pun dah pukul 1tgh hari...
encik suami blk kerja pukul 5..
lepas lunch...ngadap facebook...tuai barn buddy la...farm town la segala bagai...tup2 dah petang... :P

hari kamis petang...kak ina, lawrence, kak neny n family mai...
saja² melawat...
n lawrence masakkan mee goreng n bihun kantonis...

hari jumaat...
dari pg...cahya mcm berdebar² sket...
takut apa yg jd last week berulang laie...
tp ternyata....air mmg punca utama cahya pengsan....

pegi course hari jumaat lepas ngan gembira...
blh enjoy the class dari mula smp habis...
kalau minggu lepas belajar napas....
minggu ni blaja tido....
hahahhahaa..
betoiii....
suma org kena tido...pastu buat mcm yoga gitu..
ada cerita2...sunyi sepi...di tepi pantai....pepohon melambai....
(sbnrnya cahya tak paham apa yg hebamme cakap... :P )

balik dari course..hebamme ajak blk ngan dia...
so encik suami jer la sembang2....
tp soalan yg cahya suruh tanya....encik suami lupa tanya... TETT!

hari sabtu..
owh hari yg bahagia...
cahya pegi BBQ kat frankfurt...
anda sumer blh tgk gambar² kat FB...
namun utk tidak mengecewakan sesiapa yg tak der FB...cahya letak gak beberapa ketul gmbr...








Friday, August 14, 2009

Tag kedua ~ Photo Profile blogger

1. Terangkan maksud gambar itu
owh...gambar yg dipilih secara tak sengaja.. :P
gambar ni dicapture oleh camera zulfadli...
sbnrnya nak tayang inai.. tp as usual.. inai hanya dipakai pada tangan kiri... so mission tak tercapai... :P
maka tak der benda yg spesel pasal gmbr ni melainkan nak tunjuk yg cahya ni a bit of comel dan.....a lot of gedik! hahahahhahaa.... (gelak gaya org jahat dlm drama melayu...)


2. Kenapa pilih gambar itu ?
cahya edit gmbr ni sbnrnya utk web trymasak...kekeke...
alang² jer...letak la as gmbr profile blog jgk...


3. Tag ini akan ku sumbangkan kepada
~sapa² yg nak buat~

Thursday, August 13, 2009

Award ~ lovely blog n best blog



1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award.
2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered.

Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.


Ah-ha...
1st award.... :D
thanks kak iu..

tapi....nak pass kat 15 org...ramai tuuhh....
lagipun tak der blog yg cahya baru jumpa...sumanya yg mmg cahya dok follow...

-cik azira-puan wirda-pink lady-cik siti-cik wawa-
-ezzeline-cik tie-rubaizah-joely-kak sarahwani-
-cik yam-harnida-ida-kak nurul aini-kak dal-

Tuesday, August 11, 2009

mood

cahya tgh mood baik sekarang...

tgh cari mood yg baik² utk elakkan anasir² tak elok...



cahya tringin nak bercucuk tanam....

ada sapa² nak sponsor pasu...??



pastu...cahya gian nak buat art...

skg dok buat scrap book utk nabiha n nabila.. :D



lagi...cahya rasa tringin nak menjahit...

ada sapa² nak sponsor mesin jahit...??

:D
(..senyum lebar²..)

Monday, August 10, 2009

sahabat





saya suka mereka walaupun kenkadang mereka agak mereng...
saya sayang mereka walaupun kenkadang mereka agak 'retarded'...
mereka hampir sempurna sebagai sahabat saya di dunia dan insyaAllah sampai ke akhirat....

tiada di dalam gambar : pokke, pijah, lisa, murni

Saturday, August 8, 2009

Minggu yang penuh dgn termin...

Peringatan : entry ini saaaaannnnggggaaattttt panjang...


Termin bermaksud appointment...

Minggu ni masuk minggu pregnancy yg ke 28....
perut pun dah makin besar...
but...
cahya still not in a good condition...
tido tak betul...tak larat...
n kerap nak pitam...even tgh duduk or baring...

well....dimulakan dengan termin pertama pada 4hb...
termin dgn hebamme @ midwife...
dia datang rumah...

bila cakap tru phone...sounds like org yg serius n garang...
tp bila jumpa depan²....cakap lembut jer...
even dia cakap jerman n cahya tak paham...
gaya dia menerangkan satu² benda penuh lemah lembut..
sesuai la jadi mak bidan...

encik suami ada kat rumah...
so hebamme tak nak cakap english even dia kata dia buleh cakap english...
standard la org sini....proud ngan bahasa depa...
but they do admit yg bahasa depa tuh susah... (hah...tau tak per k...)

so kisahnyer...
hebamme datang...isi² borang...
tanya² pasal pregnancy... bg nasihat gedebuk gedebak...
pastu check cahya...
ukur lilit perut...n check heart beat baby...
:D
hebamme kata 'she is a strong baby...'
Alhamdullillah....baby cahya sgt sehat kondisinya...

lepas check cahya..hebamme check barang² yg cahya n encik suami dah beli...
dia pun cakap la apa yg bagus n tak bagus...
before habis termin...dia bg a list of barang² yg kami kena tambah...
siap dengan brand... kat mana nak beli... kenapa bagus... kenapa kena beli....
cahya rasa cukup lengkap... dia go one by one...
n hebamme kata lepas bersalin...dia akan buat kelas aerobik utk cahya... yeay...

bila hebamme blk... standard la... cahya akan menempek kat tepi encik suami mintak dia cerita balik... tapi...
3jam punya termin....encik suami terangkan dlm masa tak smp 10minit...
tteetttttt....!! :P




termin ke dua...6hb...
'Labor room tour' kat hospital Rüsselsheim...

excited...!
awal² dah siap then tunggu pukul 6ptg..
time smp spital...dah ramai jugak yg tunggu...
perut diorg suma dah besar²....maybe dah dekat nak deliver kot...

gambar tak leh amek...
so tak leh la nak tempek kat sini..
tepat pukul 7ptg...sorang hebamme spital ngan sorang doktor datang panggil org² yg nak buat tour...ada la dlm 20 org kot...
yg pasti....kami dua org la yg paling comel...kekekkee..
yg lain suma tinggi² n besar²....

so skali lagi khidmat encik suami sebagai translator diperlukan...
mula² ada taklimat ringkas la..
pastu buat tour...
satu yg cahya perasan pasal hospital tuh...
tak der lgsg bau ubat...
n tak rasa mcm dok kat hospital pon...

basically...ada few labor rooms...
ada labor room utk bersalin normal... (yg atas katil tuh....)
n bilik terbaru ialah labor room utk bersalin dalam air...
ada mcm hot tub.. siap ngan sabun² n lilin² aroma terapi... n radio...

selain tu...yg mengkagumkan cahya..
ada bilik n katil khas utk ibu yg tgh contraction...
katil tu bentuk bulat n kepala katil tu mcm kerusi...
susah cahya nak cerita... tp mmg katil tu utk time contraction...
siap ada gmbr² contoh apa yg ibu tu buleh buat...
melentang la... tonggek la... menelengkup la...

pastu...ada bilik utk ibu rehat²..
ala² bilik nak buat rawatan spa...
ada kerusi pjg utk baring...n ada sofa utk duduk²...
itu pun dalam satu bilik khas...

erm....then...
hebamme bawak masuk bilik pesakit...single bed n two beds room...
bilik mmg lengkap ngan segala benda la...

lepas tour...sesi tanya²...
so encik suami pun tanya la few soalan yg memusykilkan kami...
n cahya....dok tgk pamplet....flyer...magazine....
walaupun tak paham...n for sure cahya takkan baca...
tp tetap kena amek.... :P
dapat beg free....kekekkekekee..... (ntah apa² la minah ni sorang....)

balik dari spital.... hati rasa gembira... then pegi DM (kedai serbaneka)...
ada barang dlm list yg hebamme bg kena beli kat situ...
tgh² pilih barang....kepala weng²...
duduk kejap.... layan mata tgk baju² comey... :)




termin ke 3...jumaat... 7hb...

cahya sempat la tgk detik 12:34:56 07.08.09.....
few days b4..dpt email pasal masa n tarikh tu...
so saja² la tunggu... lepas ni tak kan ada dah peluang tu...

7hb ada termin 1st utk course ibu mengandung....
pagi tu seingat cahya..cahya bgn dlm keadaan yg biasa...
makan roti n relax² masuk dapur nak masak lunch....
tp...
baru jer masak nasik...n start potong sayur...
dah mula rasa nak blank....
relax jap...duduk...
tak leh blah.....
baring kat ruang tamu...
dah rasa ok sket...
bgn blk...
br smbg potong sayur...
rasa nak blank blk..
huh...baring kat hall blk...
kali ke2 tuh...mmg dah jalan terhuyung hayang...
encik suami tgh mandi...
peluh² sejuk dah kuar dah kat dahi...
mengucap pjg cahya...
nak tarik napas pun susah jer...

encik suami siap mandi... tgk² cahya dah tergolek kat hall...
dia bukakkan kipas.... then gosok² badan cahya...
br la rasa lega sket...

cahya still ada sekelumit semangat nak pegi course tuh...
encik suami panggil teksi...n kami org 1st smp....setengah jam awal...
ada 5couples...

so utk sessi 1st...
mula² taklimat la...sembang²...
encik suami setia ngan buku n pen...
nak tlg salin point² utk cerita blk kat cahya...
rupa²nya hebamme tu buleh cakap english..n dia kata...kelas dia byk praktikal..so cahya akan senang paham... :)

kelas mula pukul 630-800mlm....
cahya kena attend kelas ni everyweek...at least 7x....

hari 1st...
blaja teknik pernafasan...
ibu² baring atas tikar yoga...then bapak² urutkan kaki...
relax jer...
tp cahya rasa panas....tgh² baring tu buleh pulak rasa nak pengsan...
cahya bgtau encik suami...n hebamme suruh cahya duduk sandar kat dinding...
then...lega sket...tak jd nak pengsan...huhuuu...

habih bapak² urut...
turn ibu² pulak urut...
so...bapak² pulak baring...n ibu² pulak urut kaki...
mula² ok...
tp dekat² nak abih...
cahya betul² tak leh nak kontrol...pening n blank tetiba...
cahya terus tolak kaki encik suami n cahya baring...
telinga dah bengang dah..
tgh² dok try kontrol keadaan....cahya rasa nak muntah...
n then...tanpa sempat dikontrol lg...cahya muntah...

terus suma org jd panik 2 minit..

cahya agak tak sedar apa yg jadi...tp tak la pengsan lg...
encik suami mintak nak baringkan cahya atas katil...melelong² cahya jalan....
hebamme n encik suami sibuk uruskan cahya..
cuci muntah...
relaxkan cahya...

nasib baik course dah nak abih time tu...
hebamme urut² kaki cahya...
mmg terasa diawang²an...
dia suggest soh pegi check kat spital...

so lepas suma kawan² blk..encik suami bawak cahya pegi spital...
sebelah tmpt course tu je pon...

kat spital...
cahya nyaris² gak kena admit...
nurse buat CTG n scan....
heart beat baby sgt bagus...
keadaan baby juga bagus..
yg tak bagus....cahya.... teetttt....!!

blood pressure rendah...sgt rendah... :(

lepas buat CTG..scan...n urine test..
doktor kata...cahya jz kurang air sj... n kalau cahya blh janji minum air cukup²... cahya tak yah kena admit wad...

mesti la kena janji kan...??

bila dah abih check² suma... cahya rasa tersangat la letih.... :(
so terus amek teksi... blk rumah...






n skg...cahya rasa dah letih jugak type entry yg maha panjang nih..
dah la...
-end-

Tuesday, August 4, 2009

TAG ~ random

Wakaka....
thanks to kak sarah for the tag...

ni 1st tag yang cahya nak buat....
akhirnya terjebak jugak ngan tag-mengetag nih...(ada ke word mengetag... :P)



WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING IN YOUR LIFE?
chenta...
~ceewaaahh....ala² klasik gitu...tp itu la yg paling penting..dari segala² segi...

WHAT IS THE LAST THING THAT YOU BOUGHT WITH YOUR OWN MONEY?
bday present utk kak neny n abg zul...
~selain tu kena berebut ngan encik suami time nak bayar...

WHERE DO YOU WISH TO GET MARRIED?
kat rumah bonda...
~tp ritu kawen kat mesjid mengkuang...ok jgk la...still satu kawasan...huhuuu...

HOW OLD DO YOU THINK YOU WILL BE PERMANENTLY OWNED BY UR LOVE?
sampai syorga...
~ameen....

ARE YOU IN LOVE?
ha ah...hari² pon in love....

WHERE WAS THE LAST RESTAURANT YOU HAD DINNER?
rasanya...since dok kat bumi german ni...tak pernah laie dinner kat restaurant...
kalau ada pon...thai fun ler kot...tu pon bila ntahh.....

NAME THE LATEST BOOK THAT YOU BOUGHT?
What to expect when u are expecting...
~tu pon encik suami yg belikan.... :P

WHAT IS YOUR NAME?
nama glemer aci tak...? :P
~ Nuraliza

DO YOU PREFER YOUR MOTHER OR FATHER?
my mum n my father in law....
aci...?

NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR THE FIRST TIME?
pencipta game sudoku...
~tetiba terpikir nak jumpa...

CHRISTINA OR BRITNEY?
heh..?
~tak do kono mengono dongan hidup den....

DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY?
YES...
~huruf besar bermaksud 'ya' yang bersungguh....

THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO?
fleamarket....
:P

CAMERA OR MP3 OR HP?
either three...
~instead of 'either one'...lebih afdal 'either three'...

POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU
1. kak sarah adalah ex soksek
2. kak sarah n abg lutfi adalah senior encik suami
3. kawan baik kak elly...
4. kenal tru rancangan 'cari menantu' ~ walaupun hanya tgk 2 episod
5. tak pernah jumpa pon...

3 THINGS I SAY TOO OFTEN?
1. ok~~
2. sorry~~
3. oh mannn~~

BOOK I'VE RECENTLY?
aisey...kekurangan buku²an la...
lately kerap gak membaca....tp tru internet...
~ dunia tanpa sempadan...ceewaahh...

4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?
1. Katakan hadirmu kerana cinta by Tiara Jacqueline (ost PGL) ~ suka teater...
2. Dan sebenarnya by Yuna
3. Demi cinta by Kerispatih ~lately..87x dgr dlm sehari...encik suami dok karoke...
4. Can't take that away from me by Mariah Carey ~lagu semangat

3 THINGS I LEARNED LAST YEAR?
1. menjadi isteri pada encik matt....
2. blaja jd surirumah yg 'surirumah'...
3. give n take...

8 PEOPLE TO TAG?
1. Rubaizah
2. Kak Neny
3. Joely
4.Ida
5.Kak Atie
6.Cik Yam
7.Kak Ayu
8.Shahida

Darah manis...

Tetiba rasa darah cahya time mengandung menjadi manis...

Semalam....
kena gigit ngan semut yg buleh terbang tu...
dia kiss kat mata...
merah la jugak kat bahagian bawah mata kanan...


Harini....
kena sengat ngan lebah yg tengah landing² kat tilam...
dia kiss kat bawah buku lali...
bengkak la jugak seround....

kesimpulan...
--darah manis--

Saturday, August 1, 2009

Kepada ibu² dan bakal ibu²...

Apa khabar tuan² dan puan²...?
para ibu² dan bapa²..
dan juga bakal² ibu dan bakal² bapa....

Pada yg baru dapat baby n tgh² prepare nak dapat baby...Cahya n encik suami nak amek kesempatan kat sini nak ucapkan...
Cahya doakan yang terbaek utk suma².... :D

lately cahya kerap membaca utk baby...
n satu benda yg honestly cahya baru tau n cahya nak kongsi ngan suma org terutama mak² dan bakal² mak....(bapak² dan bakal² bapak tidak terkecuali....)

2 jenis mandi hadas yang wajib kepada ibu yang bersalin...

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

Sumber : www.brunet.bn dan few blogs...

renung²kan dan....selamat beramal.... :)