Kebersihan Telinga, Hidung & Mulut Bayi

Salam dan Hallo...

Hari ini...cahya cari info pasal kebersihan baby...
mula² lompat dari 1 blog...ke 1 blog...pastu dari 1 web ke 1 web....
dan terjumpa ini....

Memastikan Telinga, Hidung & Mulut Bayi Bersih
- Oleh Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik


Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit kapas,semangkuk air suam dan tangan yang lembut.

:: TELINGA ::
  • Lapkan bahagian atas dan belakang telinga bayi anda dengan tuala kecil yang lembap dan lembut atau bebola kapas.
  • Rujuk kepada pakar pediatrik jika terlalu banyak tahi telinga di dalam telinga bayi anda.
  • Jangan bersihkan bahagian dalam telinga bayi.
  • Jangan cuba membuang tahi telinga daripada telinga bayi menggunakan putik kapas. Apabila anda mengorek terlalu dalam, anda mungkin mencederakan gegendang telinganya.
  • Jangan titiskan ubat telinga ke dalam telinga bayi melainkan jika disarankan oleh pakar pediatrik.
Tahukah anda?
Tahi telinga bukan kotoran. Sebenarnya, ia menyebabkan telinga bayi anda sihat! Sebarang kotoran yang berlebihan akhirnya akan keluar dari telinga dengan sendiri.


:: HIDUNG ::
  • Lapkan bahagian luar hidung bayi anda dengan tuala kecil yang lembap atau tisu yang lembut.
  • Gunakan penyedut hidung untuk mengeluarkan hingus jika ia terlalu banyak di dalam hidung bayi anda. Jika hidungnya masih tersumbat, bawa bayi anda berjumpa dengan pakar pediatrik.
  • Jangan masukkan putik kapas atau tisu yang digulung ke dalam hidung bayi anda untuk mengeluarkan hingus.
  • Jangan gunakan kuku anda untuk membuang hingus yang sudah keras atau berkerak.
Tahukah anda?
Anda tidak perlu membersihkan bahagian dalam hidung bayi kecuali jika dia mengalami selesema.


:: MULUT ::
  • Bersihkan gusi, lidah dan gigi bayi dengan tuala kecil yang basah dan bersih selepas bayi anda makan atau sebelum tidur.
  • Gunakan berus gigi bayi yang lembut apabila bayi anda menjangkau umur satu tahun. Gunakan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja dan berus giginya sebelum sarapan dan selepas makan malam.
  • Bawa bayi anda untuk pemeriksaan gigi apabila umurnya mencecah satu tahun.
  • Jangan biarkan bayi anda tidur sambil menghisap susu botol.
  • Elakkan daripada memberi bayi anda terlalu banyak minuman manis dan makanan ringan.
Tahukah anda?
Kebersihan mulut harus bermula dari kecil, malah sebelum gigi susu tumbuh.


Info dari mypositiveparenting

Comments

Popular posts from this blog

Mee udon sup

review : katil baby

Giveaway 14/003