Episiotomi

Apa itu Episiotomi?

Semasa bersalin, ramai wanita akan mengalami koyakan pada faraj semasa bayi melalui ruang pelvis. Untuk mengurang risiko ini doktor akan melakukan episiotomy dimana faraj wanita digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi. Selepas bersalin, luka tersebut akan di jahit dengan benang yang akan hancur sendiri selepas beberapa hari.

Sebab-sebab Episiotomi
Tidak semua wanita hamil perlukan episiotomi kerana ia bukan menjadi satu kemestian. Walaubagaimanapun doktor selalunya akan membuat episiotomi pada kes-kes berikut:

* Kandungan sulung
* Sebelum prosedur vacuum atau forceps
* Untuk kelahiran songsang

Risiko berkaitan Episiotomi

* Jangkitan kuman
* Pendarahan
* Darah beku
* Jahitan terbuka
* Sakit semasa hubungan

Cara menjaga luka Episiotomi

Ini adalah tip-tip mudah untuk mempastikan luka episiotomi cepat sembuh:

* Sitz bath atau rendam punggung dalam air bergaram 2-3 kali sehari selama seminggu.
* Pastikan episiotomi kering setiap kali selepas mencuci faraj dan mandi
* Jangan duduk terlalu lama atau duduk bersila
* Tukar tuala wanita dengan kerap
* Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap
* Minum serat dan air secukupnya untuk mengurangkn sembelit
* Buat senaman kegel

Info dari Alam Hamil
Imej dari Answers.com

Comments

sarah said…
alih2 akak pun xsedar bile mase doc tu gunting...hubby plak yg mcm nak pengsan hahaha
sarah said…
hi cahya, gud info pls episiotomy nih...akak dulu pun blur2, tapi masa dah ujung2 nak besalin tuh saspen gaks takut gunting...
:cahya schatz: said…
kak sarah : still dok baca² lg..amek tau segala kemungkinan yg akan muncul tiba...huhuuu....nebes...nebes...
wawa said…
bagusla liza...banyak aku belajar dr blog kau ni ..hehe..oh ya,mat pe cer..aku cam ada benda nak tanya dia..bila2 dia free..ym la aku..
:cahya schatz: said…
wawa : aku kerap membaca skg ni... so,kalau aku tak kopipes masuk kat blog aku...nnt aku dah tak ingat kat mana aku baca...so tak leh nak praktik...

syok gak bila blh kongsi² ngan org lain... :)

aku online jer tiap² hari..so kalau ko nak sembang ngan matt yg sentiasa buat² busy tuh...ko buzz jer aku or matt..dia kerap invi...
padahal either dok langut citer korea...or main football manager...
m@Ri@ said…
thanks for info..takut nk melalui saat tu nnt..
:cahya schatz: said…
maria : dont be afraid lor..time tu saket smp tak perasan nak kena gunting...
doa byk2...
cahya jz doa baby kuar normal..sempurna sifat...other than that...anggap jer price for the baby... :D

Popular posts from this blog

Mee udon sup

Giveaway 14/003

nasi arab - pes yemeni mendhi PROMO