berpatah² kata

salam n hallo...
thanks pada yg mai melawat..
harap u'olz dapat tinggalkan link..senang i nak jengok u'olz blk...
pada those yg tak dak link... letak nama kat 'name/URL'.. and just kosongkan bahagian URL..
tengkiu, süße!

Tuesday, August 18, 2009

Tanda bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

~Info dari blog Rubaizah.. :D

3 comments:

..:: WiRdA ::.. said...

hehe
aku dulu pecah ketuban dulu..
hihi tp tak sakit lg..then pastu..silalah nikmati 'keseronokan'nya! haha

~farah~ said...

tanda saya nak bersalin ialah sakit belakang yang amat sangat..
tapi misi kat klinik gomen kata bukan nak besalin lagi...

sronok baca blog awak...

sudi singgah cni ya...
http://myangels-love.blogspot.com/

cahya said...

wirda : aku ada baca pasal ko bersalin kat blog ko...
tu la..aku dah ada 10 anak buah...kakak2 aku kata suma pengalaman lain2...
so...aku jz kumpul n baca info2 yg patut..so that aku lebih bersedia menghadapi hari muka... huhuuu...
dah la aku sebatang kere kat sini.. :P

farah : thanks sudi mai lawat blog cahya..