berpatah² kata

salam n hallo...
thanks pada yg mai melawat..
harap u'olz dapat tinggalkan link..senang i nak jengok u'olz blk...
pada those yg tak dak link... letak nama kat 'name/URL'.. and just kosongkan bahagian URL..
tengkiu, süße!

Saturday, August 1, 2009

Kepada ibu² dan bakal ibu²...

Apa khabar tuan² dan puan²...?
para ibu² dan bapa²..
dan juga bakal² ibu dan bakal² bapa....

Pada yg baru dapat baby n tgh² prepare nak dapat baby...Cahya n encik suami nak amek kesempatan kat sini nak ucapkan...
Cahya doakan yang terbaek utk suma².... :D

lately cahya kerap membaca utk baby...
n satu benda yg honestly cahya baru tau n cahya nak kongsi ngan suma org terutama mak² dan bakal² mak....(bapak² dan bakal² bapak tidak terkecuali....)

2 jenis mandi hadas yang wajib kepada ibu yang bersalin...

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

Sumber : www.brunet.bn dan few blogs...

renung²kan dan....selamat beramal.... :)

2 comments:

Neny said...

liza, dulu pon ada isu ni and dah ada org clarify ngan ustaz2, mandi wiladah xde sebenarnya sbb mandi wajib adalah utk menyucikan diri dr sebarang najis sedangkan selepas bersalin kita masih ada darah nifas. So x tau la kenapa perlunya mandi wiladah. Nanti akak cari balik fortum yg membincangkan hal ni. Waallahualam.

cahya said...

ohhoo..
sbb org ada baca few blogs...
depa bincang benda ni...
kalau ada jumpa info lain...share k...
Wallahualam...